PROJEK PEMBINAAN SURAU/TEMPAT PENGAJIAN TERKINI

PROJEK PEMBINAAN SURAU/TEMPAT PENGAJIAN  TERKINI

Ahad, 6 Januari 2013











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RANCANGAN PEMBINAAN CAWANGAN MADRASAH DARUL ISTIQAMAH DI PARIT UNAS

Madrasah Darul Istiqamah
Lot 1425, Kampung Simpang Baba,
SB17, Mukim Sg Terap
84000 Muar, Johor
u/p: Ustaz Amran Bin Mat Kahar
H/P: 01133170702 0136636858 T/FAX: 06- 9752707
email: darulistiqamah99@yahoo.com



RAYUAN BANTUAN UNTUK PEMBANGUNAN MADRASAH DARUL ISTIQAMAH





LATAR BELAKANG MADRASAH



a) Didirikan di atas sebidang tanah yang dahulunya hutan dan belukar seluas lebih kurang 1/2 ekar dan telah diwaqafkan oleh pemilik tanahnya iaitu cikgu Affendi pada tahun 2004. Madrasah ini terletak lebih kurang 2 km dari Bandar Muar.

b) Setahun selepas itu, kami telah berjaya mendirikan asrama penginapan pelajar/ mossalla dan rumah guru berkat dengan usaha sama kami dan rakan rakan serta pelajar-pelajar semua.





a) Peringkat pertama, seramai 10 orang pelajar khusus yang menetap dan menuntut disini. Di samping itu terdapat juga pelajar-pelajar umum yang datang dalam kumpulan dan belajar mengikut masa yang tertentu. Kebanyakan mereka adalah penduduk Muar, dan ada juga kumpulan yang datang dari Johor Baharu dan Melaka, ada di antara mereka ini terdiri dari golongan professional seperti Doktor, pelukis terkenal, pengurus bank, guru, iman, pesara, penganggur dan sebagainya.

b) Darul Istiqamah sekarang mempunyai 16 pelajar sepenuh masa dan 2 daripada mereka hafizin (Al-Hafiz), dan lebih kurang 25 orang pelajar umum yang datang belajar dalam kumpulan pada masa yang ditetapkan kerana kebanyakan mereka mempunyai pekerjaan dan sudah bekeluarga





PEMBELAJARAN

a) Sistem pembelajaran di sini adalah sepenuhnya mengikuti sistem pondok yang lazim digunapakai oleh institusi pengajian pondok di negeri negeri Kelantan Terengganu Kedah ,selatan Thailand dan pesantren di Indonesia.

b) Seramai 4 orang guru mengajar sepenuh masa.dan separuh masa

c) Diantara mata pelajarannya Tauhid/(Usuluddin)/Fiqh/Tasauf/ Al –Quran /

Hadith. berlandaskan kitab-kitab yang muktabar.



YURAN PONDOK

a) Yuran yang dikenakan kepada pelajar ialah hanya RM50.00 sebulan tetapi tidak diberatkan.Ianya bagi menampung keperluan harian seperti makanan, bil bekalan eletrik dan air.tetapi bagi ibu bapa tidak mampu membayar yuran tersebut pihak Madrasah berbesar hati membenarkan anak mereka belajar di sini kerana yang penting sekali adalah kemahuan pelajar tersebut untuk mencari ilmu, insyaallah , Allah akan memberi jalan yang terbaik untuk mereka . Malahan , pihak madrasah tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada anak-anak yatim, pelajar yang daif dan mua’alaf.







PERANCANGAN SEMASA DAN MASA HADAPAN



Pembinaan sebuah bangunan tiga tingkat untuk dijadikan asrama warga emas, bilik kuliah dan rumah bagi tenaga pengajar





Pihak madrasah bercadang membina sebuah bangunan tiga tingkat 65’ X 20’ di atas tanah lapang di antara dewan kuliah dan tandas. Bangunan ini akan dijadi sebagai asrama warga emas, bilik kuliah dan asrama kakitangan madrasah.(Pelan bangunan dilampiran belakang)





MENURAP JALAN MASUK KE MADRASAH



Jalan masuk ke Madrasah Darul Istiqamah sering kali lecak selepas hujan dan bedebu ketika musim panas. Panjangnya lebih kurang 115 meter dan kos untuk menurapnya pun di luar kemampuan kami. Pihak kami, amatlah mengharapkan sekiranya ada pihak yang sanggup untuk memberi sumbangan bagi penurapan jalan masuk ke Madrasah, yang kosnya lebihkurang RM 17,000.00 ( Tujuh Belas Ribu) sahaja.





HARAPAN

Pihak Madrasah Darul Istiqamah memohon sokongan dan bantuan dari tuan dan puan bagi membulihkan kami terus kekal menguruskan institusi pengajian pondok ini selagi hayat masih ada. Semoga usaha kecil ini diberkati Allah jua. Amin. Segala sumbangan hendaklah dibuat atas nama “ Madrasah Darul IstiqamahAkaun No: 01300000016108 CIMB Islamic. Cek sumbangan hendaklah :

1. Diposkan ke alamat di atas atau

2. Dimasukkan ke dalam bank(deposit cek/tunai) dan slip bank tersebut hendaklah difaxkan ke 06-9850289 atau smskan maklumat no. cek dan masa, jangan lupa smskan nama syarikat/individu serta alamat ke HP 012-7478885 untuk pengembalian resut rasmi. atau

3. Dimasukkan secara online banking dan maklumatnya diemailkan ke darulistiqamah99@yahoo.com. atau smskan no cek dan masa ke HP 012-7478885



Terima kasih diatas perhatian dan sokongan tuan/puan kepada kami.





KERJA KERJA PEMBINAAN TAPAK BANGUNAN BARU MADRASAH(KOS BAHAN BINAAN RM 222,000.00))


KERJA KERJA AWAL

Gambar 1

Gambar 1

gambar 2

gambar  2

gambar 3

gambar 3

gambar 4

gambar 4
Pembinaan bangunan baru, baru dimulakan dengan pembinaan tapak yang menelan belanja sebanyak RM 12,000.00. Kos keseluruhan material yang diperlukan untuk mendirikan bangunan ini adalah sebanyak RM 222,000.00 tidak termasuk kos tenaga kerja. Diharap dengan pertolongan Allah, ada pihak-pihak, syarikat, persatuan atau individu tampil menghulurkan sumbangan dan bantuan dari segi wang ringgit , bahan binaan atau tenaga untuk tujuan terserbut.

MENURAP JALAN MASUK(ANGGARAN KOS RM17,000.00


MENURAP JALAN MASUK KE MADRASAH

Jalan masuk ke Madrasah Darul Istiqamah sering kali lecak selepas hujan dan bedebu ketika musim panas. Panjangnya lebih kurang 115 meter dan kos untuk menurapnya pun di luar kemampuan kami. Pihak kami, amatlah mengharapkan sekiranya ada pihak yang sanggup untuk memberi sumbangan bagi penurapan jalan masuk ke Madrasah, yang kosnya lebihkurang RM 17,000.00 ( Tujuh Belas Ribu) sahaja.

JALAN MASUK KE MADRASAH

JALAN MASUK KE MADRASAH

PERKEMBANGAN TERBARU PEMBINAAN BANGUNAN

PERKEMBANGAN TERBARU PEMBINAAN BANGUNAN

DISEMBER 2009

DISEMBER 2009

Pengikut

Arkib Blog